Assalammualaikum.w.b.t
Dunia... Dunia... Dunia...
Memang banyak penemuan-penemuan yang terjadi sepanjang kita hidup di muka bumi, kadang mencapai ratusan malah juga ribuan. Namun, jangan kita
tak tahu bahawa tanpa adanya penemuan tersebut, tidak mustahil kita dapat hidup
dalam peradaban yang serba moden dan canggih seperti sekarang. Mari kita
sama-sama teliti dan hayati penemuan yang terbesar didapati dalam peradaban
manusia.
1. API

Manusia purba zaman dahulu hidup secara primitif dan masih
belum mengenali api. Mengikut fakta yang telah dikaji, manusia purba telah berjaya menemui api secara tidak sengaja ketika petir menyambar pohon-pohon di
lingkungan koloni. Sejak terjadinya peristiwa itu, peradaban manusia melangkah
lebih maju dan wujudlah sistem memasak, berburu dan sebagainya.
2. RODA

Roda juga dikatakan telah muncul sejak dahulu lagi setelah
munculnya sistem komunikasi dan dikatakan mereka mempunyai masalah tentang
jarak. Dikatakan, ketika seorang manusia ingin mengunjungi dan bergerak ke satu tempat yang lain amat sukar sehinggalah munculnya sebuah benda
yang bundar. Benda ini dikenali sebagai roda dan kemudiannya peradaban manusia
dapat berkembang lagi dengan terciptanya tayar kereta.
3. BAHASA

Setelah pelbagai penemuan dapat ditemui, secara tidak langsung
dapat mencipta gaya hidup koloni dan berkumpul disebabkan manusia purba yang
takut akan kegelapan. Hal ini mendorong terciptanya sistem komunikasi iaitu
bahasa dan kemudian peradaban manusia menjadi pesat setelah komunikasi antara
manusia tersebar ke seluruh pelosok.
4. TELEFON

Umumnya penemuan telefon yang lebih dikenali oleh masyarakat adalah Alexander Graham Bell, tetapi sepertinya sejarah dahulu yang kita tidak tahu adalah mengenai seorang imigran dari Florence, Italia yang bernama Antonio Meucci. Mengikut kajian, Antonio yang telah menciptakan alat komunikasi tersebut pada tahun 1849 dan mematenkan hasil karyanya pada tahun 1871. Selama ini,Alexander Graham Bell dikenali sebagai “bapa telefon” namun siapa tahu pada tanggal 11 Jun 2002, Antonio Meucci ditetapkan sebagai penemu telefon.
5. WANG

Melalui kajian penyelidikan manusia dikatakan makhluk yang bersosial,bahkan sejak manusia pertama diciptakan. Hal ini terciptalah sistem barter dalam kehidupan sosial manusia primitif. Namun sejak ditemukan wang, sistem barter menghilang dan menjadikan system pertukaran sangat mudah. Siapa tahu, mungkin tanpa ditemukan sistem wang , kita perlu membawa seekor kuda dari Indonesia untuk ditukarkan dengan sebuah TV di China.
Jadi, bayangkan lah betapa hebatnya penemuan peradaban dahulu yang mungkin sebelum ini belum pernah kita ketahui.

No comments:
Post a Comment