Assalamualaikum wbt.
IBNU SINA BAPA SEJARAH SAINS
Latar Belakang
Avicenna adalah satu nama yang sentiasa meniti dibibir-bibir masyarakat barat di Eropah. Kehebatan beliau bukan sahaja dalam bidang perubatan bahkan dalam bidang falsafah beliau banyak mempengaruhi kebudayaan di barat. Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Anak berbangsa Parsi ini, dilahirkan di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan pada 375 Hijrah bersamaan 985 Masihi.
Beliau mula menimba ilmu secara tidak formal sejak usia 5 tahun lagi. Hasil bimbingan sahabat karib ayahnya Abu Abdullah Natili, seusia 10 tahun beliau sudah berjaya menghafal Al-Quran. Dalam usia 10 tahun juga, beliau telah memumtazkan diri dalam cabang ilmu agama seperti fiqh, ususluddin, tafsir, tassawuf dan sebagainya. Antara bidang ilmu kemanusiaan yang berjaya dikuasainya ialah kedoktoran, falsafah, geometri, astronomi, matematik, sastera, muzik, politik, fizik, kimia, dan kosmologi.
Pada usia meniti 18 tahun beliau telah dianugerahkan gelaran “Doktor Di-Raja” setelah beliau berjaya mengubati penyakit Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 Hijrah bersamaan 997 Masihi yang gagal diubati oleh doktor-doktor lain. Kehebatan dan kepakaran beliau membawa beliau digelar al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).
Sepanjang hidupnya, beliau telah banyak memberi sumbangan khususnya dalam bidang perubatan sebelum beliau menghembuskan nafas beliau yang terakhir di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 Hirah bersamaan 1037 Masihi.
Sumbangan dan Pencapaian
1. Hasil Tulisan dan Ensiklopedia
- Beliau telah menghasilkan 250 karya yang masih kekal sehingga hari ini termasuk 116 karyanya khas dalam bidang perubatan.
- Ibnu Sina juga telah menulis satu karya yang bertajuk Remedies for The Heart yang mencangkirkan sajak-sajak mengenai perubatan. Dalam buku beliau ini, terdapat 760 jenis penyakit beserta dengan cara untuk menawarkan penyakit-penyakit tersebut.
2. Teori-teori dan Pendapat
- Beliau telah memperkenalkan satu cabang ilmu perubatan iaitu ilmu perubatan psikosomatis atau psychosomatic medicine yang menggabung ilmu psikologi dan perubatan dalam membantu pesakit yang mengalami ganguan emosi dalam hidup.
- Beliau telah memperluaskan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidakseimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani.
- Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.
3.Penemuan-penemuan
Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh berjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.- Ibnu Sina ialah tabib pertama yang secara tepat menerangkan meningitis, beliau juga telah menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku, juga menerangkan penyakit yang menyebabkan penyakit kuning (jaundice).

No comments:
Post a Comment