Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, dapat lagi kita berjumpa sekali lagi. Kami ada satu cerita nak kongsi dengan anda semua hari ni. Dah baca tajuk dekat atas tu? Nampak macam tak menarik je?? Sabarlah, belum baca, belum tau. Tak kenal maka tak cinta. :) Pernah tak dengar tentang Segitiga Bermuda ni ataupun dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Bermuda Triangle. Tak pasti lagi? Cuba tengok gambar di bawah ni.
Sebenarnya, tempat misteri ini bukannya berbentuk segitiga. Tapi sebenarnya atas sebab batas-batas dari petunjuk kapal-kapal atau pesawat terbang yang hilang yang membentuk segitiga itu. Segitiga tu cuma imaginasi saja. Cuba ambil peta, lepas tu buka di bahagian Amerika Tengah. Kalau dah malas sangat nak guna buku peta tu, cubalah search guna Google Maps. ;)
Di sana terdapat banyak kepulauan Hindia Barat. Nak tau macam mana bentuk dari Segitiga Bermuda itu, mula-mula tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico; dari San Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida, Amerika.
Dah banyak sangat teori dan andaian dibuat menegenai Segitiga Bermuda ni. Dari berbagai kesimpulan, jarum kompas dan peralatan pesawat yang hilang selalu mendapat gangguan dan mereka seperti tidak melihat air. Kesimpulannya, di dasar laut sana terdapat sebuah medan magnetik yang kuat, yang mampu mengganggu kompas atau menarik kapal itu sampai ke dasar laut. Terdapat sebuah tempat di Segitiga Bermuda yang disebut Tongue of the Ocean atau Lidah Lautan. Lidah Lautan mempunyai jurang bawah laut atau dikenali sebagai canyon di Bahama.
Ada yang mengaitkan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri yang lain. Misalnya misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS pada Ogos 1917. Mungkinkah naga laut ini banyak meminta korban ? Atau arus Cromwell di Lautan Pasifik yang menyebabkan adanya gelombang lautan di situ atau angin taufan dan gempa bumi di dasar lautan?

Kononnya di sekitar kepulauan Bahama terdapat blue hole macam gua lautan. Dulu, gua ini memang wujud tetapi setelah zaman ais berlalu, gua ni tenggelam. Arus di dalamnya sangat kuat dan sering membuat pusaran yang berdaya besar. Banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang disedut ke dalam blue hole tersebut dan yang anehnya kapal-kapal kecil itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama. Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah mungkinkah blue hole ini mampu menelan kapal besar ke dasar lautan?
No comments:
Post a Comment