Assalamualaikum wbt.
Kali ni kami nak berkongsi mengenai keajaiban dunia yang mungkin tak semua tau mengenai warisan sejarah dunia yang masih wujud sehingga kini. Cakap banyak pun tak guna, jom kita saksikan keajaiban dunia yang mengagumkan ini.
1.Banaue Rice Terraces di Filipina

Nampak menarik, bukan? Sawah Irigasi Kuno ini sudah berumur 2,000 tahun. Terletak di Gunung Ifugao, Filipina, sawah ini terkenal dengan sebutan Banaue Rice Terraces. Sawah yang kelihatan seperti diukir ini dibuat dengan menggunakan peralatan tradisional yang wujud pada zaman nenek moyang bangsa Filipin. Sawah petak ini berada pada ketinggian 1,500 meter di atas permukaan laut dan mengelilingi lereng gunung sejauh 10.360 kilometer persegi.
Luar biasanya, nenek moyang mereka sudah membuat perancangan mengenai bentuk sawah tersebut di manasumber air didapati dari hutan yang berada di atas persawahan itu. Sehingga kini, penduduk setempat masih menanam padi serta sayur-sayuran di kawasan tersebut.
2.Sigiriya di Sri Lanka

Sigiriya merupakan sisa-sisa peninggalan istana kuno yang terletak di atas bukit batu. Sigiriya juga dikenali sebagai Batu Singa. Terletak di Matale District, Sri Lanka, kawasan ini dikelilingi hutan, waduk, dan kebun. Lokasinya yang unik ditambah pula dengan pemandangan yang menakjubkan, menjadikan Sigiriya sebagai tempat tarikan pelancongan. Jika dilihat dari udara, Sigiriya membentuk seperti sebuah lukisan kuno yang mengingatkan orang ramai kepada Ajanta Caves di India.
Sigiriya dibangun pada zaman pemerintahan Raja Kassapa I yang memerintah dari 477 hingga 495 AD. Tempat ini merupakan salah satu daripada tujuh peninggalan kuno yang dimiliki Sri Langka. Sirigiya didiami semenjak masa pra-sejarah lagi. Namun, pada abad ke-5 BC, tempat ini digunakan sebagai biara.
3. Tower of Hercules di Sepanyol

Menara Hercules merupakan mercu suar kuno peninggalan Romawi yang terletak di Semenanjung Sepanyol iaitu kira-kira 2,400 kilometer dari Pusat Corunna, Galicia, barat laut Sepanyol. Nama Corunna berasal dari kolom kuno. Menara ini setinggi 55 meter dan menghadap pantai Atlantik Utara, Sepanyol. Kini, Mercusuar Hercules sudah berusia lebih 1,900 tahun dan masih beroperasi sehingga kini.
4. Toru, Kota Kuno di Polandia Utara

Toru merupakan sebuah kota yang terletak di utara Polandia, iaitu di Vistula River. Kota kuno tersebut telah wujud semenjak 1,100 BC dan masih lagi wujud sehingga kini. Kota ini adalah kota kelahiran Nicolaus Copernicus iaitu seorang ahli astronomi, ahli matematik, dan ahli ekonomi. Teori beliau yang terkenal adalah matahari sebagai pusat Tata Surya di mana teori tersebut dianggap sebagai salah satu penemuan yang terpenting sepanjang masa dan merupakan titik permulaan asas bagi astronomi moden dan sains moden.
5.Ajanta Caves di India

Goa Ajanta yang terletak di Maharashtra merupakan salah satu daripada peninggalan-peninggalan kuno yang terdapat di India. Di situ, terdapat banyak lukisan-lukisan serta patung-patung Buddha yang mempunyai nilai seni yang tinggi. Monumen-monumen yang terdapat di dalam gua ini mula digarap semenjak dari abad ke-2 BC.
Namun demikian, gua ini kemudiannya ditinggalkan. Selama 1,300 tahun gua ini ditinggalkan, belukar-belukar mulai tumbuh tinggi di bahagian-bahagian luar sehingga akhirnya menjadi sebuah hutan yang hampir menyembunyikan kedudukan sebenar gua ini. Tiada siapa yang pernah tahu bahawa di dalamnya tersimpan warisan dunia yang luar biasa sehingga pada pertengahan tahun 1819 seorang perwira Inggeris dengan tidak sengaja memasuki ngarai yang curam. Di dalam salah satu gua tersebut, terdapat sebuah pintu yang tersembunyi. Ketika ditemui, gua tersebut menjadi habitat bagi kelawar serta haiwan-haiwan yang lain.
6. Lembah Bunga di Himalaya

Lembah Bunga merupakan lembah yang berada di puncak Himalaya. Para pendaki serta ahli botani menggambarkan lembah tersebut sebagai luar biasa indah. Lembah Bunga tersebut sudah wujud semenjak lebih dari sedekad yang lalu.
Lembah Bunga tersebut digambarkan sebagai hamparan yang lembut, padang rumput di kelilingi bunga-bungaan yang berwarna warni, dan sangat indah sehingga mampu menyesakkan nafas bagi sesiapa yang memandangnya. Lembah Bunga yang indah ini ditambah dengan pemandangan gunung dan hutan. Lembah Bunga ini diwartakan sebagai taman negara Nanda Devi pada tahun 1982.
7. Metéora, Bangunan di Puncak Gunung Batu Athos, Yunani

Cuba anda bayangkan bagaimana sebuah istana mampu berdiri teguh di puncak gunung batu. Tidakkah anda terfikir betapa sukarnya untuk membina istana tersebut yang sudah berusia ratusan tahun. Istana ini merupakan kompleks biara-biara ortodoks di timur yang paling besar dan paling penting di Yunani. Biara-biara ini dibangunkan di puncak gunung batu Athos.
Terdapat enam biara di kompleks ini iaitu di kawasan Thessaly, berhampiran dengan sungai Pineios, dan di pinggir barat laut Yunani Tengah.Walau bagaimanapun, laluan untuk menuju ke biara tersebut sangat sukar. Kononnya, pada zaman dulu tanggap panjang yang berbentuk seakan-akan seperti jala diguna pakai untuk menaikkan dan menurunkan barang-barang serta manusia di biara tersebut.

No comments:
Post a Comment