Assalamualaikum wbt.
Sambil online tengok sejarah lama tetiba ternampak pulak muka orang kat lukisan batu tu. Ingatkan muka
Sambil online tengok sejarah lama tetiba ternampak pulak muka orang kat lukisan batu tu. Ingatkan muka
siapa yang terlekat kat situ. Dah belek-belek baru tau yang tu tamadun Mesir. Kita ni asyik dengar je tentang Mesir. Tapi tak tau apa pun. Syok juga baca kisah firaun-firaun ni. Jom kita tengok sejarah mereka. asyik berleter kat sini pun buat habis air liur je. Hehehe.
![]() |
Lokasi Mesir Purba di Sungai Nil |
Mesir Purba merupakan anugerah sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediteranean.

![]() |
Cantik kan Sungai Nil tu. Kalau dapat pergi kan best. Huhu. Sungai Nil berpunca daripada Sungai Nil Biru (Ethiopia) dan sungai Nil Putih (Tasik Victoria di Uganda). Limpahan air sungai Nil ke tanah yang gersang dan berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir Purba kepada tanah yang sangat subur untuk pertanian dan petempatan manusia.
.jpg)

Mesir berkembang pada tahun 10000 S.M dan akhir pada 5000 S.M.Pada 3500 S.M., wilayah di persekitaran delta dan pertengahan Mesir telah berkembang.

Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada Firaun Djoser. Jasa Imhotep yang paling besar ialah pembinaan piramid Sakkara. Piramid Sakkara ini merupakan piramid yang tertua dan binaan batu yang pertama di dunia. Piramid ini dibina untuk Firaun Djoser, iaitu firaun kedua pada dinasti ketiga.

Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan. Sehingga hari ini kejayaan mereka masih dikagumi.Pencapaian Mesir Purba memang terserlah dalam pembinaan tetapi yang lebih utama lagi ialah kemajuan pendidikan serta penggunaan kertas. Pencapaian ini merupakan hasil kepandaian orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil.
.jpg)
Pokok papyrus ini banyak tumbuh di lembah Nil. Orang Mesir Purba telah meleperkan batang-batang pokok ini menjadi kepingan sehingga mereka dapat menulis di atasnya. Pencipataan kertas telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.

Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, hieroglif. tengok tulisan kt atas tu. Kreatif, kan? Hieroglif ialah tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan bergambar. Tulisan ini berkembang ke tulisan hieratik, tulisan berangkai. Pada tahun 700 S.M., tulisan hieratik ini berkembang ke tulisan demotik. Keagungan tamadun Mesir Purba dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.

Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih.
Inilah serba sedikit sejarah Mesir Purba. Kalau korang hayati betul-betul syok sebenarnya. Selepas ni ada lagi cerita pasal kisah-kisah firaun tu. Tapi tak apa, lain kali saya update lain. :)

No comments:
Post a Comment