Assalamualaikum wbt.
Mari kita imbas kembali sejarah
kita pada zaman dahulu kala. Senang cakap, zaman tok nenek. Bukan
niat pun nak buat kawan-kawan mengantuk tersengguk-sengguk tapi apa salahnya sesekali
kita “kenang daku dalam doamu”.. Eh, silap pulak. Maaf, maaf, maaf.
Kawan-kawan tahu tak apa sejarah dunia. Biasanya
ia diketahui sebagai sejarah manusia dari masa mulanya muncul Homo
Sapiens sampai la sekarang
ni. Zaman kita sekarang ni, ye tak?


Kemudian
berkembang kepada unit yang lebih besar,
selaras dengan perkembangan kaedah pengangkutan yang lebih baik pada masa tu. Proses perkembangan ini, semakin berkembang dan kembang lagi hinggalah
merentasi alaf kepada negara yang lebih besar, dan kemudiannya negara
super atau empayar.
Zaman Paleolitik
Dalam erti kata lain, Paleolitik ni
ialah zaman batu silam dan merupakan zaman batu terawal. Pada suatu ketika,
pada pertengahan Paleolitik,
manusia turut membangunkan bahasa, muzik, seni awal, dan juga pengkebumian mayat secara sistematik. Zaman Paleolitik akhir dianggap
pula bermula sejak 40 alaf dulu dengan wujudnya budaya yang tinggi. Sepanjang
zaman tersebut, manusia hidup sebagai pemburu.

Zaman Mesolitik
Mesolitik, ataupun dikenali ramai zaman batu pertengahan merupakan zaman dalam perkembangan teknologi manusia antara tempoh zaman Paleolitik dan juga Neolitik zaman batu. Tempoh bermula pada penghujung tempoh zaman Pleistosen, sekitar 10,000 tahun dahulu, dan berakhir dengan pengenalan kepada pertanian dimana tarikhnya beza menurut kawasan geografi. Peninggalan dari tempoh ini sedikit dan jarang ditemui.
Alat pancing, kapak batu dan objek kayu, adalah contoh pada zaman itu. Kanu dan busur panah turut dijumpai disesetengah kawasan. Teknologi mula muncul di Afrika, sebelum merebak ke Eropah, Sepanyol, dan beberapa tempat. Kemungkinan ciptaan ini berlaku secara serentak dan ia tidak boleh diabaikan. Teknologi dapat meningkatkan kemampuan manusia bagi mengawal alam sekitar dan membangunkan sistem pengangkutan dan perhubungan.
Zaman Neolitik
Selepas zaman mesolitik, ialah Neolitik yang bermaksud zaman batu baru. Ini merupakan tempoh pembangunan teknologi dan masyarakat primitif, pada akhir zaman batu. Bermula pada alaf 10 SM Neolitik melalui pembangunan awal perkampungan, pertanian, penternakan haiwan dan perkakasan. Perubahan utama, digambarkan oleh pakar pra sejarah Vere Gordon Childe sebagai revolusi pertanian, yang mana terjadi sekitar 10 SM. kajian arkeologi di Amerika, Timur Asia, dan Asia Tenggara menunjukkan bahawa sistem pertanian, menggunakan tanaman dan haiwan berlainan, mungkin dalam sesetengah kes berkembang di sana hampir sama awalnya.
Perkembangan pengairan lebih teratur, dan penggunaan tenaga kerja khas oleh Sumeria. Batu digantikan dengan gangsa dan perkakasan besi bagi pertanian dan perperangan. Penempatan pertanian sehingga itu hampir sepenuhnya bergantung kepada perkakasan batu. Tempat kelahiran tamadun awal adalah lembah sungai, seperti lembah Sungai Furat dan Tigris di Mesopotamia, lembah Nil di Mesir, lembah Indus di sub-benua India, dan lembah Yangtze dan Sungai Kuning di China.



No comments:
Post a Comment