Assalamualaikum wbt.
TAJ MAHAL
TAJ MAHAL
Taj Mahal merupakan sebuah makam yang terletak di Agra, India dan dibina di bawah pemerintahan Maharaja Mogul, Shah Jahan sebagai memperingati isteri ketiganya yang paling disayangi, Mumtaz Mahal.
Pembinaan
Makam rekabentuk Ustaz Ahmad Lahauri yang siap dibina pada tahun 1648 terkenal dengan rekaan kubah putih yang diperbuat dari marmar yang berbentuk seakan bawang. Perkataan “Taj” itu sendiri melambangkan hasil terbaik senibina Mogul yang melibatkan penggabungan beberapa elemen senibina seperti Parsi, Turki, India dan Islam. Ketinggian senibina berjaya menempatkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1983 dan turut diangkat sebagai senibina Islam terulung di India dengan warisan senibinanya dikagumi dunia.
Bahan Binaan
Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah, Marmar putih dari Rajasthan, Permata dari Punjab, Jed dan hablur dari China, Firus dari Tibet, Lazuardi dari Afghanistan, Nilam dari Sri Lanka & Kamelian dari Arab. 28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal. Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Tetiba teringat lagu Nubhan,
ADA UNTUKMU
Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci
Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akanku kota janji kita
Mendirikan Tajmahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya
Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita
Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang padamu
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akan ku kota janji kita
Mendirikan taj mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya
Ok sambung balik..
Dipancung?
Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung keatas arkitek Ustaz Ahmad Lauhari. Di samping itu, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.


Setelah Taj Mahal siap dibina, Shah Jehan telah digulingkan oleh anak lelakinya Aurangzeb. Shah Jehan telah ditahan di dalam rumah berdekatan Pelabuhan Agra. Dari sana beliau meninjau makam Taj Mahal.Setelah meninggal dunia, Aurangzeb mengkebumikan ayahnya di sebelah makam isterinya.

No comments:
Post a Comment