28 March 2012

Penemuan dalam Peradaban Dunia

Assalammualaikum.w.b.t

Dunia... Dunia... Dunia...
Memang banyak penemuan-penemuan yang terjadi sepanjang kita hidup di muka bumi, kadang mencapai ratusan malah juga ribuan. Namun, jangan kita tak tahu bahawa tanpa adanya penemuan tersebut, tidak mustahil kita dapat hidup dalam peradaban yang serba moden dan canggih seperti sekarang. Mari kita sama-sama teliti dan hayati penemuan yang terbesar didapati dalam peradaban manusia.

1. API


Manusia purba zaman dahulu hidup secara primitif dan masih belum mengenali api. Mengikut fakta yang telah dikaji, manusia purba telah berjaya menemui api secara tidak sengaja ketika petir menyambar pohon-pohon di lingkungan koloni. Sejak terjadinya peristiwa itu, peradaban manusia melangkah lebih maju dan wujudlah sistem memasak, berburu dan sebagainya.

2. RODA


Roda juga dikatakan telah muncul sejak dahulu lagi setelah munculnya sistem komunikasi dan dikatakan mereka mempunyai masalah tentang jarak. Dikatakan, ketika seorang manusia ingin mengunjungi dan bergerak  ke satu tempat yang lain amat sukar sehinggalah munculnya sebuah benda yang bundar. Benda ini dikenali sebagai roda dan kemudiannya peradaban manusia dapat berkembang lagi dengan terciptanya tayar kereta.

3. BAHASA


Setelah pelbagai penemuan dapat ditemui, secara tidak langsung dapat mencipta gaya hidup koloni dan berkumpul disebabkan manusia purba yang takut akan kegelapan. Hal ini mendorong terciptanya sistem komunikasi iaitu bahasa dan kemudian peradaban manusia menjadi pesat setelah komunikasi antara manusia tersebar ke seluruh pelosok.

4. TELEFON


Umumnya penemuan telefon yang lebih dikenali oleh masyarakat adalah Alexander Graham Bell, tetapi sepertinya sejarah dahulu yang kita tidak tahu adalah mengenai seorang imigran dari Florence, Italia yang bernama Antonio Meucci. Mengikut kajian, Antonio yang telah menciptakan alat komunikasi tersebut pada tahun 1849 dan mematenkan hasil karyanya pada tahun 1871. Selama ini,Alexander Graham Bell dikenali sebagai “bapa telefon” namun siapa tahu pada tanggal 11 Jun 2002, Antonio Meucci ditetapkan sebagai penemu telefon.

5. WANG


Melalui kajian penyelidikan manusia dikatakan makhluk yang bersosial,bahkan sejak manusia pertama diciptakan. Hal ini terciptalah sistem barter dalam kehidupan sosial manusia primitif. Namun sejak ditemukan wang, sistem barter menghilang dan menjadikan system pertukaran sangat mudah. Siapa tahu, mungkin tanpa ditemukan sistem wang , kita perlu membawa seekor kuda dari Indonesia untuk ditukarkan dengan sebuah TV di China.

Jadi, bayangkan lah betapa hebatnya penemuan peradaban dahulu yang mungkin sebelum ini belum pernah kita ketahui.

Tamadun Mesopotamia

Assalamualaikum wbt.


Hah cuba kawan- kawan teka apakah benda ni? Hahaha. Siapa dapat teka kira memang hebatlah.
Eh, lambat ye kawan-kawan ni nak teka. Gurau je. =)
Macam ni la, biar kita cerita jela. Kesian kawan-kawan nak teka pula, kan.

Ni kan sebenarnya peta yang 2 sungai yang menjadi lokasi tamadun Mesopotamia. Alangkan atas peta cantik, confirm yang real punya pun lagi cantik. Huhu. Biasalah ciptaan Allah S.W.T. Okey lah straight to the point lah ye. Malas dah nak merepek-repek lagi. Hahaha.

Tamadun Mesopotamia ni kan merupakan tamadun yang terawal di dunia ni. Mesopotamia ni kan berasal dari Yunani tau. Kalau tak silap kita la kan maksud dia tanah di antara 2 sungai. Tu pun kalau kita tak silaplah. Hahahaha. Tapi kan, kita confirm la tu maksudnya.

Okey, sekarang ni kita nak cerita pula pasal lokasi tamadun ni, ok. Lokasi terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Selain tu, lokasi tersebut dikelilingi oleh Pergunungan Zagrus iaitu bahagian timur laut, dataran tinggi Arab iaitu barat daya dan juga Teluk Parsi iaitu selatan. Tamadun ni mula berkembang pada penempatan zaman neolitik iaitu 7,000-5,000 S.M. Mula menjadi pusat tamadun pada awal sekitar tahun 3,500 S.M. Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia sehingga membawa kepada keruntuhan kerajaan yang diasaskan oleh orang Mesopotamia.

Kita nak lukis sikit ni. Tapi kan, kita tak tau sangatlah. Apa kata, kita buat-buat pandai jela ye. Kita nak buat lukisan pasal pembentukan tamadun ni. Okey-okey, tengok betul-betul tau kawan-kawan sekalian.

Okey ,sudah siap lukisan kita. Sebenarnya kita ambil je picture ni. Tu yang senget sikit tu. Tapi tak apalah, nampak juga kan. Hahaha.


24 March 2012

Tamadun Mesir Purba

Assalamualaikum wbt.


Sambil online tengok sejarah lama tetiba ternampak pulak muka orang kat lukisan batu tu. Ingatkan muka
 siapa yang terlekat kat situ. Dah belek-belek baru tau yang tu tamadun Mesir. Kita ni asyik dengar je tentang Mesir. Tapi tak tau apa pun. Syok juga baca kisah firaun-firaun ni. Jom kita tengok sejarah mereka. asyik berleter kat sini pun buat habis air liur je. Hehehe.

Lokasi Mesir Purba di Sungai Nil

Mesir Purba merupakan anugerah sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediteranean.



Cantik kan Sungai Nil tu. Kalau dapat pergi kan best. Huhu. Sungai Nil berpunca daripada Sungai Nil Biru (Ethiopia) dan sungai Nil Putih (Tasik Victoria di Uganda). Limpahan air sungai Nil ke tanah yang gersang dan berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir Purba kepada tanah yang sangat subur untuk pertanian dan petempatan manusia.



Mesir berkembang pada tahun 10000 S.M dan akhir pada 5000 S.M.Pada 3500 S.M., wilayah di persekitaran delta dan pertengahan Mesir telah berkembang.


Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada Firaun Djoser. Jasa Imhotep yang paling besar ialah pembinaan piramid Sakkara. Piramid Sakkara ini merupakan piramid yang tertua dan binaan batu yang pertama di dunia. Piramid ini dibina untuk Firaun Djoser, iaitu firaun kedua pada dinasti ketiga.


Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan. Sehingga hari ini kejayaan mereka masih dikagumi.Pencapaian Mesir Purba memang terserlah dalam pembinaan tetapi yang lebih utama lagi ialah kemajuan pendidikan serta penggunaan kertas. Pencapaian ini merupakan hasil kepandaian orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil.


Pokok papyrus ini banyak tumbuh di lembah Nil. Orang Mesir Purba telah meleperkan batang-batang pokok ini menjadi kepingan sehingga mereka dapat menulis di atasnya. Pencipataan kertas telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.


Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, hieroglif. tengok tulisan kt atas tu. Kreatif, kan? Hieroglif ialah tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan bergambar. Tulisan ini berkembang ke tulisan hieratik, tulisan berangkai. Pada tahun 700 S.M., tulisan hieratik ini berkembang ke tulisan demotik. Keagungan tamadun Mesir Purba dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.


Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih.

Inilah serba sedikit sejarah Mesir Purba. Kalau korang hayati betul-betul syok sebenarnya. Selepas ni ada lagi cerita pasal kisah-kisah firaun tu. Tapi tak apa, lain kali saya update lain. :)


22 March 2012

Sejarah Dunia

Assalamualaikum wbt.

Mari kita imbas kembali sejarah kita pada zaman dahulu kala. Senang cakap, zaman tok nenek. Bukan niat pun nak buat kawan-kawan mengantuk tersengguk-sengguk tapi apa salahnya sesekali kita “kenang daku dalam doamu”.. Eh, silap pulak. Maaf, maaf, maaf.

Kawan-kawan  tahu tak apa sejarah dunia. Biasanya ia diketahui sebagai sejarah manusia dari masa mulanya muncul Homo Sapiens sampai la sekarang ni. Zaman kita sekarang ni, ye tak?


 Dulu-dulu katanya sejarah manusia ni mula dari ciptaan atau secara bebas di beberapa tapak di muka bumi. Mengikut fakta ye, bukan auta. Habitat manusia  memang bersikap bertaburan. Ada juga yang berpusat atau tertumpu pada sesuatu kawasan contohnya sungai, dan juga tasik.


Kemudian berkembang  kepada unit yang lebih besar, selaras dengan perkembangan kaedah pengangkutan yang lebih baik pada masa tu. Proses perkembangan ini, semakin berkembang dan kembang lagi hinggalah merentasi alaf kepada negara yang lebih besar, dan kemudiannya negara super atau empayar.

Zaman Paleolitik

Dalam erti kata lain, Paleolitik ni ialah zaman batu silam dan merupakan zaman batu terawal. Pada suatu ketika, pada pertengahan Paleolitik, manusia turut membangunkan bahasa, muzik, seni awal, dan juga pengkebumian mayat secara sistematik. Zaman Paleolitik akhir dianggap pula bermula sejak 40 alaf dulu dengan wujudnya budaya yang tinggi. Sepanjang zaman tersebut, manusia hidup sebagai pemburu.


Zaman Mesolitik

Mesolitik, ataupun dikenali ramai zaman batu pertengahan merupakan zaman dalam perkembangan teknologi manusia antara tempoh zaman Paleolitik dan juga Neolitik zaman batu. Tempoh bermula pada penghujung tempoh zaman Pleistosen, sekitar 10,000 tahun dahulu, dan berakhir dengan pengenalan kepada pertanian dimana tarikhnya beza menurut kawasan geografi. Peninggalan dari tempoh ini sedikit dan jarang ditemui.

Alat pancing, kapak batu dan objek kayu, adalah contoh pada zaman itu. Kanu dan busur panah turut dijumpai disesetengah kawasan. Teknologi mula muncul di Afrika, sebelum merebak ke Eropah, Sepanyol, dan beberapa tempat. Kemungkinan ciptaan ini berlaku secara serentak dan ia tidak boleh diabaikan. Teknologi dapat meningkatkan kemampuan manusia bagi mengawal alam sekitar dan membangunkan sistem pengangkutan dan perhubungan.

Zaman Neolitik

Selepas zaman mesolitik, ialah Neolitik yang bermaksud zaman batu baru. Ini merupakan tempoh pembangunan teknologi dan masyarakat primitif, pada akhir zaman batu. Bermula pada alaf 10 SM Neolitik melalui pembangunan awal perkampungan, pertanian, penternakan haiwan dan perkakasan. Perubahan utama, digambarkan oleh pakar pra sejarah Vere Gordon Childe sebagai revolusi pertanian, yang mana terjadi sekitar 10 SM. kajian arkeologi di Amerika, Timur Asia, dan Asia Tenggara menunjukkan bahawa sistem pertanian, menggunakan tanaman dan haiwan berlainan, mungkin dalam sesetengah kes berkembang di sana hampir sama awalnya.

Perkembangan pengairan lebih teratur, dan penggunaan tenaga kerja khas oleh Sumeria. Batu digantikan dengan gangsa dan perkakasan besi bagi pertanian dan perperangan. Penempatan pertanian sehingga itu hampir sepenuhnya bergantung kepada perkakasan batu. Tempat kelahiran tamadun awal adalah lembah sungai, seperti lembah Sungai Furat dan Tigris di Mesopotamia, lembah Nil di Mesir, lembah Indus di sub-benua India, dan lembah Yangtze dan Sungai Kuning di China.



Taj Mahal: Antara Fakta dan Mitos

Assalamualaikum wbt.


TAJ MAHAL

Taj Mahal merupakan sebuah makam yang terletak di Agra, India dan dibina di bawah pemerintahan Maharaja Mogul, Shah Jahan sebagai memperingati isteri ketiganya yang paling disayangi, Mumtaz Mahal.
Pembinaan

Makam rekabentuk Ustaz Ahmad Lahauri yang siap dibina pada tahun 1648 terkenal dengan rekaan kubah putih yang diperbuat dari marmar yang berbentuk seakan bawang. Perkataan “Taj” itu sendiri melambangkan hasil terbaik senibina Mogul yang melibatkan penggabungan beberapa elemen senibina seperti Parsi, Turki, India dan Islam. Ketinggian senibina berjaya menempatkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1983 dan turut diangkat sebagai senibina Islam terulung di India dengan warisan senibinanya dikagumi dunia.

Bahan Binaan

Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah, Marmar putih dari Rajasthan, Permata dari Punjab, Jed dan hablur dari China, Firus dari Tibet, Lazuardi dari Afghanistan, Nilam dari Sri Lanka & Kamelian dari Arab. 28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal. Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Tetiba teringat lagu Nubhan,

ADA UNTUKMU


Di sana pungguk menanti

Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akanku kota janji kita
Mendirikan Tajmahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang padamu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan taj mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya
Ok sambung balik..
Dipancung?

Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung keatas arkitek Ustaz Ahmad Lauhari. Di samping itu, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.




Setelah Taj Mahal siap dibina, Shah Jehan telah digulingkan oleh anak lelakinya Aurangzeb. Shah Jehan telah ditahan di dalam rumah berdekatan Pelabuhan Agra. Dari sana beliau meninjau makam Taj Mahal.Setelah meninggal dunia, Aurangzeb mengkebumikan ayahnya di sebelah makam isterinya. 

19 March 2012

7 Keajaiban Dunia yang Menakjubkan

Assalamualaikum wbt.

Kali ni kami nak berkongsi mengenai keajaiban dunia yang mungkin tak semua tau mengenai warisan sejarah dunia yang masih wujud sehingga kini. Cakap banyak pun tak guna, jom kita saksikan keajaiban dunia yang mengagumkan ini.

1.Banaue Rice Terraces di Filipina


Nampak menarik, bukan? Sawah Irigasi Kuno ini sudah berumur 2,000 tahun. Terletak di Gunung Ifugao, Filipina, sawah ini terkenal dengan sebutan Banaue Rice Terraces. Sawah yang kelihatan seperti diukir  ini dibuat dengan menggunakan peralatan tradisional yang wujud pada zaman nenek moyang bangsa Filipin. Sawah petak ini berada pada ketinggian 1,500 meter di atas permukaan laut dan mengelilingi lereng gunung sejauh 10.360 kilometer persegi.

Luar biasanya, nenek moyang mereka sudah membuat perancangan mengenai bentuk sawah tersebut di manasumber air didapati dari hutan yang berada di atas persawahan itu. Sehingga kini, penduduk setempat masih menanam padi serta sayur-sayuran di kawasan tersebut.

2.Sigiriya di Sri Lanka


Sigiriya merupakan sisa-sisa peninggalan istana kuno yang terletak di atas bukit batu. Sigiriya juga dikenali sebagai Batu Singa. Terletak di Matale District, Sri Lanka, kawasan ini dikelilingi hutan, waduk, dan kebun. Lokasinya yang unik ditambah pula dengan pemandangan yang menakjubkan, menjadikan Sigiriya sebagai tempat tarikan pelancongan. Jika dilihat dari udara, Sigiriya membentuk seperti sebuah lukisan kuno yang mengingatkan orang ramai kepada Ajanta Caves di India.

Sigiriya dibangun pada zaman pemerintahan Raja Kassapa I yang memerintah dari 477 hingga 495 AD. Tempat ini merupakan salah satu daripada tujuh peninggalan kuno yang dimiliki Sri Langka. Sirigiya didiami semenjak masa pra-sejarah lagi. Namun, pada abad ke-5 BC, tempat ini digunakan sebagai biara.

3. Tower of Hercules di Sepanyol



Menara Hercules merupakan mercu suar kuno peninggalan Romawi yang terletak di Semenanjung Sepanyol iaitu kira-kira 2,400 kilometer dari Pusat Corunna, Galicia, barat laut Sepanyol. Nama Corunna berasal dari kolom kuno. Menara ini setinggi 55 meter dan menghadap pantai Atlantik Utara, Sepanyol. Kini, Mercusuar Hercules sudah berusia lebih 1,900 tahun dan masih beroperasi sehingga kini.



4. Toru, Kota Kuno di Polandia Utara





Toru merupakan sebuah kota yang terletak di utara Polandia, iaitu di Vistula River. Kota kuno tersebut telah wujud semenjak 1,100 BC dan masih lagi wujud sehingga kini. Kota ini adalah kota kelahiran Nicolaus Copernicus iaitu seorang ahli astronomi, ahli matematik, dan ahli ekonomi. Teori beliau yang terkenal adalah matahari sebagai pusat Tata Surya di mana teori tersebut dianggap sebagai salah satu penemuan yang terpenting sepanjang masa dan merupakan titik permulaan asas bagi astronomi moden dan sains moden.


5.Ajanta Caves di India


Goa Ajanta yang terletak di Maharashtra merupakan salah satu daripada peninggalan-peninggalan kuno yang terdapat di India. Di situ, terdapat banyak lukisan-lukisan serta patung-patung Buddha yang mempunyai nilai seni yang tinggi. Monumen-monumen yang terdapat di dalam gua ini mula digarap semenjak dari abad ke-2 BC.

Namun demikian, gua ini kemudiannya ditinggalkan. Selama 1,300 tahun gua ini ditinggalkan, belukar-belukar mulai tumbuh tinggi di bahagian-bahagian luar sehingga akhirnya menjadi sebuah hutan yang hampir menyembunyikan kedudukan sebenar gua ini. Tiada siapa yang pernah tahu bahawa di dalamnya tersimpan warisan dunia yang luar biasa sehingga pada pertengahan tahun 1819 seorang perwira Inggeris dengan tidak sengaja memasuki ngarai yang curam. Di dalam salah satu gua tersebut, terdapat sebuah pintu yang tersembunyi. Ketika ditemui, gua tersebut menjadi habitat bagi kelawar serta haiwan-haiwan yang lain.

6. Lembah Bunga di Himalaya


Lembah Bunga merupakan lembah yang berada di puncak Himalaya. Para pendaki serta ahli botani menggambarkan lembah tersebut sebagai luar biasa indah. Lembah Bunga tersebut sudah wujud semenjak lebih dari sedekad yang lalu.

Lembah Bunga tersebut digambarkan sebagai hamparan yang lembut, padang rumput di kelilingi bunga-bungaan yang berwarna warni, dan sangat indah sehingga mampu menyesakkan nafas bagi sesiapa yang memandangnya. Lembah Bunga yang indah ini ditambah dengan pemandangan gunung dan hutan. Lembah Bunga ini diwartakan sebagai taman negara Nanda Devi pada tahun 1982.

7. Metéora, Bangunan di Puncak Gunung Batu Athos, Yunani

Cuba anda bayangkan bagaimana sebuah istana mampu berdiri teguh di puncak gunung batu. Tidakkah anda terfikir betapa sukarnya untuk membina istana tersebut yang sudah berusia ratusan tahun. Istana ini merupakan kompleks biara-biara ortodoks di timur yang paling besar dan paling penting di Yunani. Biara-biara ini dibangunkan di puncak gunung batu Athos.

Terdapat enam biara di kompleks ini iaitu di kawasan Thessaly, berhampiran dengan sungai Pineios, dan di pinggir barat laut Yunani Tengah.Walau bagaimanapun, laluan untuk menuju ke biara tersebut sangat sukar. Kononnya, pada zaman dulu tanggap panjang yang berbentuk seakan-akan seperti jala diguna pakai untuk menaikkan dan menurunkan barang-barang serta manusia di biara tersebut.


18 March 2012

Segitiga Bermuda di Muka Dunia

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, dapat lagi kita berjumpa sekali lagi. Kami ada satu cerita nak kongsi dengan anda semua hari ni. Dah baca tajuk dekat atas tu? Nampak macam tak menarik je?? Sabarlah, belum baca, belum tau. Tak kenal maka tak cinta. :) Pernah tak dengar tentang Segitiga Bermuda ni ataupun dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Bermuda Triangle. Tak pasti lagi? Cuba tengok gambar di bawah ni.


Sebenarnya, tempat misteri ini bukannya berbentuk segitiga. Tapi sebenarnya atas sebab batas-batas dari petunjuk kapal-kapal atau pesawat terbang yang hilang yang membentuk segitiga itu. Segitiga tu cuma imaginasi saja. Cuba ambil peta, lepas tu buka di bahagian Amerika Tengah. Kalau dah malas sangat nak guna buku peta tu, cubalah search guna Google Maps. ;)

Di sana terdapat banyak kepulauan Hindia Barat. Nak tau macam mana bentuk dari Segitiga Bermuda itu, mula-mula tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico; dari San Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida, Amerika.

Dah banyak sangat teori dan andaian dibuat menegenai Segitiga Bermuda ni. Dari berbagai kesimpulan, jarum kompas dan peralatan pesawat yang hilang selalu mendapat gangguan dan mereka seperti tidak melihat air. Kesimpulannya, di dasar laut sana terdapat sebuah medan magnetik yang kuat, yang mampu mengganggu kompas atau menarik kapal itu sampai ke dasar laut. Terdapat sebuah tempat di Segitiga Bermuda yang disebut Tongue of the Ocean atau Lidah Lautan. Lidah Lautan mempunyai jurang bawah laut atau dikenali sebagai canyon di Bahama.

Ada yang mengaitkan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri yang lain. Misalnya misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS pada Ogos 1917. Mungkinkah naga laut ini banyak meminta korban ? Atau arus Cromwell di Lautan Pasifik yang menyebabkan adanya gelombang lautan di situ atau angin taufan dan gempa bumi di dasar lautan?


Kononnya di sekitar kepulauan Bahama terdapat blue hole macam gua lautan. Dulu, gua ini memang wujud tetapi setelah zaman ais berlalu, gua ni tenggelam. Arus di dalamnya sangat kuat dan sering membuat pusaran yang berdaya besar. Banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang disedut ke dalam blue hole tersebut dan yang anehnya kapal-kapal kecil itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama. Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah mungkinkah blue hole ini mampu menelan kapal besar ke dasar lautan?


Assalamualaikum wbt

Assalamualaikum wbt.

TITAS.. 
TITAS.. 
TITAS.. 

Mesti anda semua tertanya-tanya kan apa benda TITAS ni, kan? Betul tak?
Haa~~ Kat sini, kami nak inform anda semua apa tu TITAS. TITAS tu sebenarnya akronim untuk Tamadun Islam & Tamadun Asia atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai Civil & Asian Civilizations.

Blog ni diwujudkan sebagai salah satu highway untuk kami pass dengan kertas warna-warni bagi subjek EUW233 TITAS. ;) Bukan itu saja, subjek ini bertujuan untuk mendedahkan kepada manusia-manusia zaman globalisasi mengenai tamadun-tamadun yang pernah dan masih wujud atau sudah pupus mahupun tamadun-tamadun baru yang terdapat di dunia ni.
Kami berharap dengan adanya blog ni, banyak info yang boleh kita kongsi bersama. Kira macam open table lah. Sharing is caring, you know. Okeylah, sampai di sini dulu episod pengenalan kami yang pertama. Semoga kita berjumpa lagi di hari dan waktu yang tak sama, sekian. :D

Tata.. Titi.. Tutu..
Assalamualaikum wbt.